Sunday, August 8, 2010
Tuhan
Tuhan dengarkan aku
Ku memohon kepadaMu
Kuangkat tanganku
Kulafaskan lidahku
Menyebut namaMu Tuhan
Tuhan lihatlah aku
Kuberserah kepadaMu
Kuletakkan keningku bersujud padaMu
Ampuni dosa-dosaku
Reff:
Tuhanku jangan ambil nyawaku
Sebelum ku dekat denganMu
Tuhanku siapkan duniaku
‘Tuk nanti tiba akhiratku
Back to #, Reff
Berapa nikmat yang t’lah Kau beri
Berapa yang t’lah aku ingkari
Masih pantaskah sujudku padaMu
Aku malu aku malu….
Back to Reff
Saturday, July 3, 2010
Piala Dunia dan Aku
Tahun ini pasukan yang aku betul-betul suka semuanya tersungkur. Itali balik kampung awal. Afrika selatan sudah balik kampung semula untuk menyambung menanam jagung. Jepun dan Korea memang menyerlah, tapi Komano memang koman spanar habis. Brazil yang aku minat gila sebab jersi dia sama dengan jersi Kedah, hijau kuning, entah apa-apa. Dah kalah pijak orang pulak. Ghana barangkali dah dibayar 10 juta europe. Tiga penalti tak masuk, bingai ke apa?
Aku ada cerita tersendiri pada setiap piala dunia. Tahun 1990. Italia 90. Aku tingkatan dua. Bapak aku yang berserban meleret pun boleh minat juga. Tak sangka sungguh. Walter Zenga, Lothar Matthaus, Marco Branca, Careca adalah nama yang sering menjadi sebutan ketika itu. Maradona adalah dewa bolasepak pada ketika itu. Habis semua surat khabar yang ada kaitan dengan piala dunia akan aku gunting dan gam dalam buku kemudian bawa ke sekolah untuk berbual dengan kawan-kawan.
Dimana-mana sahaja diceruk kampung akan menjadi tempat bermain bola sepak. Depan rumah, tepi surau, tepi sungai dalam kebun semuanya akan menjadi petak hijau. Bola yang dipakai tak semakah sekarang. Kebanyakkannya adalah bola getah yang bila disepak akan jadi melayang-layang. Paling best bila musim menuai. Sawah padi akan mengering kontang. Maka petak-petak sawah akan bertukar menjadi padang bola. Bayangkan ditengah-tengah sawah terbentang akan ada sekumpulan makhluk yang sedang bermain bola.
Batang buluh akan ditebang untuk dijadikan tiang gol. Bahagian tebing sawah adalah garisan tepi. Tiada pengadil,tiada wisel, tiada penjaga garisan,tiada jersi dan hampir tiada undang-undang, tiada masalah, tiada tanggungjawab dan tiada bebanan. Yang ada hanya sebiji bola berpetak hitam-putih yang dikejar oleh seorang remaja yang ketika itu hanya tahu tentang sawah yang menghijau serta langit yang membiru. Alangkah bahagianya aku pada suatu waktu dahulu.
Pasukan boleh jadi lima sebelah, sepuluh sebelah malah kalau memaksa akan jadi 20 sebelah. Siapa-siapa pun boleh join. Pak Imam yang baru balik sembahyang asar pun kadang-kadang turun dengan kain pelikat yang digulung. Jersi pemain adalah ikut suka. Yang baru balik dari menajak rumput akan turun dengan baju berlumpur. Mamat yang baru balik pejabat sebagai peon atau office boy akan join dengan baju kemeja seluar yankee dan kasut kulit dari Siam. Untuk mengelakkan dari tidak mengenali pihak lawan maka satu side kena buka baju. Haru. Kalau time buka baju tu ramai pula aku tengok makcik-makcik dan anak-anak dara datang menonton. Best sangat ker layan kita orang sepak bola.
Yang badan ketul-ketul okaylah. Biasalah, pak tani biasanya berurat-urat dan berulas-ulas gak la badan depa. Aku masa tu kurus kedeking dan tinggi lampai. Selalu main sayap kanan. Tanah sawah masa tu kerasnya macam pasu tembikar. Kalau tergolek dan jatuh, masyallah sakitnya seperti dilanggar lori. Dapat gak la wakil sekolah. Tapi selalu nombor corot sahaja. Buka apa seronok dapat jalan-jalan sahaja.

Aku ada cerita tersendiri pada setiap piala dunia. Tahun 1990. Italia 90. Aku tingkatan dua. Bapak aku yang berserban meleret pun boleh minat juga. Tak sangka sungguh. Walter Zenga, Lothar Matthaus, Marco Branca, Careca adalah nama yang sering menjadi sebutan ketika itu. Maradona adalah dewa bolasepak pada ketika itu. Habis semua surat khabar yang ada kaitan dengan piala dunia akan aku gunting dan gam dalam buku kemudian bawa ke sekolah untuk berbual dengan kawan-kawan.Dimana-mana sahaja diceruk kampung akan menjadi tempat bermain bola sepak. Depan rumah, tepi surau, tepi sungai dalam kebun semuanya akan menjadi petak hijau. Bola yang dipakai tak semakah sekarang. Kebanyakkannya adalah bola getah yang bila disepak akan jadi melayang-layang. Paling best bila musim menuai. Sawah padi akan mengering kontang. Maka petak-petak sawah akan bertukar menjadi padang bola. Bayangkan ditengah-tengah sawah terbentang akan ada sekumpulan makhluk yang sedang bermain bola.
Batang buluh akan ditebang untuk dijadikan tiang gol. Bahagian tebing sawah adalah garisan tepi. Tiada pengadil,tiada wisel, tiada penjaga garisan,tiada jersi dan hampir tiada undang-undang, tiada masalah, tiada tanggungjawab dan tiada bebanan. Yang ada hanya sebiji bola berpetak hitam-putih yang dikejar oleh seorang remaja yang ketika itu hanya tahu tentang sawah yang menghijau serta langit yang membiru. Alangkah bahagianya aku pada suatu waktu dahulu.
Pasukan boleh jadi lima sebelah, sepuluh sebelah malah kalau memaksa akan jadi 20 sebelah. Siapa-siapa pun boleh join. Pak Imam yang baru balik sembahyang asar pun kadang-kadang turun dengan kain pelikat yang digulung. Jersi pemain adalah ikut suka. Yang baru balik dari menajak rumput akan turun dengan baju berlumpur. Mamat yang baru balik pejabat sebagai peon atau office boy akan join dengan baju kemeja seluar yankee dan kasut kulit dari Siam. Untuk mengelakkan dari tidak mengenali pihak lawan maka satu side kena buka baju. Haru. Kalau time buka baju tu ramai pula aku tengok makcik-makcik dan anak-anak dara datang menonton. Best sangat ker layan kita orang sepak bola.
Yang badan ketul-ketul okaylah. Biasalah, pak tani biasanya berurat-urat dan berulas-ulas gak la badan depa. Aku masa tu kurus kedeking dan tinggi lampai. Selalu main sayap kanan. Tanah sawah masa tu kerasnya macam pasu tembikar. Kalau tergolek dan jatuh, masyallah sakitnya seperti dilanggar lori. Dapat gak la wakil sekolah. Tapi selalu nombor corot sahaja. Buka apa seronok dapat jalan-jalan sahaja.

Tahun 1994. USA94. Tahun pertama di bangku kuliah. Mungkin World Cup yang agak hambar pada aku. Baru keluar dari kampung, jauh dari mak bapak dan sanak saudara. Ditengah-tengah kota batu. Aku agak pening sikit masa itu. Tercari-cari arah hidup dan hala tuju. Kawan-kawan baik belum lagi ditemui. Aku yang sudah biasa berguru dan ada rujukan dari orang dewasa terpaksa survive sendiri.

Tahun 1998. France98. World Cup yang best. Kawan-kawan dan sahabat dah ramai. Awek-awek pun asyik nak menumpang kapcai buruk aku. Tahun akhir di bangku kuliah. Masa itu duduk rumah sewa. Rumah pulak tak ada tv. Satu member beli tv terpakai kat kedai elektrik. Bolehlah layan. Tahun yang sibuk. Dengan assingment, projek, tesis, presentation. World Cup datang menghibur hati yang yang sunyi. Malam-malam lepak di kedai mamak. Layan bola sampai pagi. Fuu, best betul. Malam final kitaorang berkumpul ramai-ramai siap dengan wisel lagi. Masak banyak-banyak dan layan. Rumah sewa kami macam perang yang sedang berlangsung. Satu team sokong Peranchis saku lagi sokong Brazil. Aku nak cakap satu, lahanat punya Ronaldo.
Tahun 2002. Korea Japan. Isteri aku mengandung anak sulung. Banyak benda yang nak diselesaikan masa itu. Ya lah baru kahwin. Umur pun masih muda. Banyak perkara yang nak diselesaikan. Rumah pun masih menyewa. Tapi tahun yang paling aku suka barangkali. Semua pasukan yang aku suka sungguh cemerlang pada masa itu. Laungan ‘Go Korea’ oleh penonton Korea ketika semi-final sungguh menegakkan bulu roma.
Tahun 2006. Germany 2006. Isteri aku baru melahirkan anak kedua. Dalam keadaan kelam kabut aku menikmati world cup. Kebanyakkannya di TV ward bersalin. Baru pindah ke rumah yang baru dibeli. Entah kenapa tak banyak cerita aku rasa. Macam ada sedikit kesuraman.
Tahun 2010. South Africa 2010. Aku dah 34 tahun. Sudah matang dalam banyak perkara. Tahun ini juga banyak ujian yang mencabar dalam kehidupan aku. Mujur juga aku dapat banyak sokongan dari isteri dan mak bapak aku. Ya, mungkin untuk menguatkan aku. Tahun ini dah banyak benda yang aku rasa dah selesa. Perkahwinan pun dah masuk sembilan tahun. Anak-anak pun dah besar, tak payah bangun malam lagi untuk buat susu. Kewangan pun agak kukuh dan selesa. Karier pun dah stabil. Aku pun dah semakin kurang dengan hobi, lebih berminat untuk duduk di rumah dan menikmati kehidupan.
Dah puas dengan senapang, hutan, gunung, sungai, laut, memburu. Cuma isteri aku sahaja yang agak sibuk. Kariernya semakin meningkat. Walaupun guru, banyak juga kerja aku tengok. Kadang-kadang tuisyen lagi. Agak enjoy tahun ini. Betul-betul nak menikmati kehidupan dalam rumah. Balik kerja lepak dalam rumah. Ada masa bawa family jalan-jalan. Lain-lain masa lepak balik kat rumah. Betul-betul tak ada mood untuk hobi.

Tahun 1998. France98. World Cup yang best. Kawan-kawan dan sahabat dah ramai. Awek-awek pun asyik nak menumpang kapcai buruk aku. Tahun akhir di bangku kuliah. Masa itu duduk rumah sewa. Rumah pulak tak ada tv. Satu member beli tv terpakai kat kedai elektrik. Bolehlah layan. Tahun yang sibuk. Dengan assingment, projek, tesis, presentation. World Cup datang menghibur hati yang yang sunyi. Malam-malam lepak di kedai mamak. Layan bola sampai pagi. Fuu, best betul. Malam final kitaorang berkumpul ramai-ramai siap dengan wisel lagi. Masak banyak-banyak dan layan. Rumah sewa kami macam perang yang sedang berlangsung. Satu team sokong Peranchis saku lagi sokong Brazil. Aku nak cakap satu, lahanat punya Ronaldo.
Tahun 2002. Korea Japan. Isteri aku mengandung anak sulung. Banyak benda yang nak diselesaikan masa itu. Ya lah baru kahwin. Umur pun masih muda. Banyak perkara yang nak diselesaikan. Rumah pun masih menyewa. Tapi tahun yang paling aku suka barangkali. Semua pasukan yang aku suka sungguh cemerlang pada masa itu. Laungan ‘Go Korea’ oleh penonton Korea ketika semi-final sungguh menegakkan bulu roma.
Tahun 2006. Germany 2006. Isteri aku baru melahirkan anak kedua. Dalam keadaan kelam kabut aku menikmati world cup. Kebanyakkannya di TV ward bersalin. Baru pindah ke rumah yang baru dibeli. Entah kenapa tak banyak cerita aku rasa. Macam ada sedikit kesuraman.
Tahun 2010. South Africa 2010. Aku dah 34 tahun. Sudah matang dalam banyak perkara. Tahun ini juga banyak ujian yang mencabar dalam kehidupan aku. Mujur juga aku dapat banyak sokongan dari isteri dan mak bapak aku. Ya, mungkin untuk menguatkan aku. Tahun ini dah banyak benda yang aku rasa dah selesa. Perkahwinan pun dah masuk sembilan tahun. Anak-anak pun dah besar, tak payah bangun malam lagi untuk buat susu. Kewangan pun agak kukuh dan selesa. Karier pun dah stabil. Aku pun dah semakin kurang dengan hobi, lebih berminat untuk duduk di rumah dan menikmati kehidupan.Dah puas dengan senapang, hutan, gunung, sungai, laut, memburu. Cuma isteri aku sahaja yang agak sibuk. Kariernya semakin meningkat. Walaupun guru, banyak juga kerja aku tengok. Kadang-kadang tuisyen lagi. Agak enjoy tahun ini. Betul-betul nak menikmati kehidupan dalam rumah. Balik kerja lepak dalam rumah. Ada masa bawa family jalan-jalan. Lain-lain masa lepak balik kat rumah. Betul-betul tak ada mood untuk hobi.
Saturday, May 29, 2010
Mail Peluru Emas (15)

Aku ada terbingung sedikit dengan ajakan Pak Leman. Antara faham dan tidak aku mengangguk lesu. Yang tidak aku fahami sangat ialah apa yang Pak Leman dapat harapkan daripada aku, bukanya aku ada sebarang kebolehan. Barangkali sebagai peneman kepada Pak Leman.
Cuma masalahnya ialah aku terikat dengan kerja di kilang mee pakcik aku. Dalam kepala aku mula berfikir ligat macamana nak buat dua kerja dalam satu masa . “Ah! Berserah sajalah, biar Allah yang tentukan caranya” bisik hati aku apabila akal mula menjadi dangkal.
Perkara yang aku risaukan makin menjadi, Pakcik aku ingin mengembangkan perniagaanya berikutan permintaan yang semakin banyak. Kami terpaksa berniaga di pekan hari di tempat yang lain. Aku segera maklumkan kepada Pak Leman.
“ Tak apa, bila kamu senang beritahu aku awal-awal. Kita aturkan masa, tak terdaya aku nak buat kerja ni berdua dengan Mail sahaja” Pinta Pak Leman pada aku.
Ada hari-hari yang tertentu kami terpaksa berniaga jauh hingga ke daerah Kota Star. Selepas subuh sahaja kami sudah keluar merentas jalan dari satu kampung ke satu kampung. Kawasan pekan hari di Kedah boleh dibahasa pasarkan dengan istilah sunggguh ‘cool’. Ada pekan hari betul-betul ditepi pantai yang berteluk seperti di kawasan Tikam Batu yang berhampiran dengan pantai yang agak terkenal di Kedah iaitu ‘Pantai Merdeka’. Kawasan perkampungan nelayan yang aku rasa mungkin sudah tidak wujud lagi sekarang.

Ada sesetengah tempatnya kami membuka meja mee dikawasan pinggir hutan yang bersebelahan dengan anak sungai gunung. Di temani bunyian burung berkicauan dan anak-anak ikan yang melompat. Aku hairan seketika, selama aku hidup dan membesar di Kedah ini, barulah aku sedar kawasan tempat kelahiran aku ini mempunyai suatu panaorama yang sungguh unik dan nostalgik. Sungguh satu pengalaman hidup yang penuh dengan keajaiban.
Aku kira sepanjang aku hidup sehingga ke hari ini, inilah pekerjaan yang paling menyenangkan dalam hidup aku. Barangkali juga kerana belum lagi dibebani dengan rasa tanggungjawab sepenuhnya. Sekadar menghabiskan masa keremajaan agar tidak sia-sia. Kalaulah semua itu dapat diulang lagi, kalaulah….
Tetapi aku segera teringat pesan seorang guru kepada aku, selalulah berdoa kepada Allah agar hati kita ini tidak selalu berandai-andai dan berkalau-kalau agar kita redha dan pasrah dengan kehendak Allah.
Lebih kurang seminggu kemudian aku ke rumah Pak Leman. Ketika itu hari hampir senja. Motorsikal yang aku pinjam dari sepupu, aku tongkatkan dibawah rumah. Setelah bersalam dengan Pak Leman kami bercerita seketika. Rupa-rupanya Pak Leman dan anak lelakinya telah pun melawat Pawang Rahman sekali lagi. Sedang rancak kami berbual, suara azan dari muazin berkumandang di udara. Pak Leman mengajak aku dan anak lelakinya ke masjid.
Malam itu malam Jumaat. Ada bacaan Yassin selepas solat maghrib. Selepas Isyak pula semua tetamu masjid dijemput menjamu selera. Selesai makan aku bersandar didinding masjid sambil melayan rokok kretek. Nikmatnya tidak terkata. Asap dari mulut aku hembuskan perlahan memenuhi ruang udara sekaligus menghalau atau semakin menarik minat serangga kecil yang bertebaran. Mata aku meliar ke sekeliling masjid. Mail masih menjamu selera. Pak Leman pula kelihatan berbual dengan seorang lelaki. Aku tidak kenal siapa orangnya. Tetapi kelihatan lelaki itu sebaya dengan Pak Leman.
Aku segera berganjak ke anak tangga, lalu bersandar pada tembok disebelahnya. Mata aku memandang ke sekeliling. Beberapa puluh meter dari belakang masjid ialah semak samun yang agak tebal yang bersambung dengan hutan Gunung Jerai. Di hadapannya sebatang sungai kecil yang airnya mengalir dari gunung. Bunyi deruan air agak kedengaran. Keheningan malam menghimpit suasana. Tetamu yang masih belum pulang masaing-masing masih menjamu selera atau bertukar cerita.
Secawan kopi pekat aku capai, sebatang keretek aku nyalakan lagi. Segalanya berbaur menjadi satu. Asap rokok, pahit kopi dan keheningan malam. Semuanya bersatu, menghimbau membawa aku untuk menyusuri ruang perasaan . Akal muda dan mentah aku adakalanya masih tercari-cari erti kehidupan.Sesekali aku terbayangkan Natrah yang manis, yang aku tinggalkan atau meninggalkan aku. Kenangan mula menghimpit jiwa. Sakitnya sesekali memeritkan hati, rasa tercalar dan tercabar meruntun jiwa kelelakian. Benarlah kata orang tua-tua, sejarah cinta akan mengajar kita sepanjang hari dan sepanjang malam.
Tiba-tiba terdengar suara Pak Leman menggil aku. Lamunan dan khayalan aku segera mati.Aku segera bergegas ke arahnya. “Kamu sudah cukup pendinding nak tolong Pak Leman ni?” tanya lelaki disebelah Pak Leman. “Insyaallah, Allah sajalah Maha Pendinding” balas aku kembali. Pak Leman hanya tersenyum. Kemudian kami berbual kosong. Aku lebih banyak mendiamkan diri dari menyampuk.
Kami pulang hampir lewat malam. Aku mendongak ke langit. Bulan purnama terang benderang. Malam Jumaat Keliwon kata orang Jawa. Perjalanan pulang dari masjid memaksa kami melintasi anak sungai dan belukar ditepi sawah. Pak Leman dihadapan sekali, mail ditengah dan aku dibelakang. Angin malam bertiup perlahan, embun jantas sudah menitis. Kaki aku yang hanya berselipar dapat merasakan basahnya rumput yang agak memanjang.
Sesekali kelawar melintasi kepala kami. Aku bagai terdengar ada orang mengekori kami. Hendak sahaja aku toleh tapi tak berani pula rasanya. Semakin lama semakin dekat rasanya orang yang mengekori kami. Aku terasa bagai betul-betul sedang berada di belakang aku. Seketika itu juga aku terasa ada orang menyentuh bahu aku. Terkejut bukan kepalang aku sambil menjerit kecil. Mail dan Pak Leman segera berhenti dan menoleh.
“Ini aku”. Lembaga yang memegang bahu aku mula bersuara.
“Aku siapa?” Pak Leman berkeras suara.
“Aku, Azmi. ” Suara itu berkata lagi.
Aku lihat Pak Leman mendekati lembaga itu lalu mengamati mukanya.
“Kau jangan buat orang terkejut macam ni, apahal menerjah orang macam ni di tengah-tengah kebun macam ni.” Pak Leman agak kasar menasihati .
“Anak aku, Sarah”. Suara Azmi tertahan didalam kegelapan malam.
“Kenapa dengan anak kamu?” Pak Leman kembali bertanya dengan perlahan. Suasana masih sunyi, angin malam berhembus perlahan. Suasana kaki gunung menambahkan keheningan. Kami semua masih menantikan jawapan dari Azmi.
“Sarah di rasuk hantu, dari petang tadi meracau-racau tak tentu pasal. Aku dah tak tahu nak buat macamana”. Azmi menghilangkan persoalan yang berbekas dibenak kami dengan jawapan yang bagaikan merayu Pak Leman.
Pak Leman awalnya berat hati untuk pergi. Entah kenapa aku pun tak tahu. Setelah puas di rayu, Pak Leman akhirnya bersetuju. Sampai di rumah Pak Leman tersadai sebuah kereta yang tidak berapa aku cam jenisnya. Rupa-rupanya Azmi telah awal-awal lagi mencari kami. Pak Leman terus menerjah kereta Azmi. Aku sedikit kaget. Tanpa persalinan dan persiapan. Mail seperti biasa akur membisu.
Destinasi kami tidak jauh. Hanya bersela masa beberapa minit sahaja. Dari bawah rumah kedengaran suara perempuan bertempik melolong. Setelah memberi salam kami bertiga membontoti Azmi naik ke rumahnya. Telah ramai orang yang berada didalam rumahnya. Bekas bara api dan tepak kemenyan masih ada. Mungkin Azmi telah memanggil dukun sebelum mencari Pak Leman.
Semua tetamu terdiam bila melihat Pak Leman. Dari situ tahulah aku betapa Pak Leman sangat di hormati oleh orang disekitar kawasanya.
“Tolonglah tengokkan Pak Leman” Suara seorang perempuan separuh umur memecah keheningan. Aku hanya menggagak barangkali isteri Azmi. Mata aku terus memerhatikan keadaan mangsa. Dia mula berdiam bila Pak Leman berada didalam rumahnya. “Cantik”. Hati lelaki aku berdesir. Mata aku segera lebih memerhatikan anak gadis yang terbujur kaku di hadapan aku. Kulitnya putih melepak. Rambutnya terurai melepasi bahu. Bentuk tubuhnya bagaikan pelakon layar perak. Aku kira usianya masih awal 20-an. Dalam hati aku tertanya-tanya, kalau dalm keadaan histeria macam ni kelihatan cantik, macamana agaknya kalau dia berdandan rapi. Entah berapa banyak hati lelaki yang akan terkulai di tapak tangannya?
“Humm!” Pak Leman menggelengkan kepala. Sekaligus khayalan nakal aku dikejutkan dengan dengusan Pak Leman.
“Kenapa Pak Leman?” Azmi kembali bertanya Pak Leman
“Budak ni bukan di rasuk tapi demam panas. Carikan aku air batu barang sebaldi.” Perlahan Pak Leman menerangkan suasana.
“Mana nak cari air batu tengah malam buta macam ni?” suara Azmi kembali menyahut.
“Itu aku tak peduli, kalau kamu tak mahu panas badanya sampai ke otak cepat cari. Kamu nak anak dara kamu terencat akal seumur hayat? Pak Leman membalas sambil menjegilkan matanya. Beberapa orang lelaki termasuk Azmi mula berbisik sesama sendiri. Beberapa ketika kemudian mereka turun ke tanah tanpa berkata apa-apa. Deruman enjin kereta membelah keheningan malam. Entah dimanalah mereka nak cari air batu tengah malam-malam macam ni.
“Sementara tu bagi aku semangkuk air sejuk dengan beras pulut. Kalau ada cuba carikan daun bunga melur”. Pak Leman mengarah lagi.
Aku kira benda yang Pak Leman minta ini tak susah nak dapatkan. Pokok bunga melur biasanya bersepah-sepah di sekeliling rumah di kawasan kampung. Beras pulut yang diberi dimasukkan ke dalam mangkuk air sejuk. Daun melur diramas-ramas hancur. Kemudian aku lihat Pak Leman bagai membaca-baca sesuatu.
“Nah, sementara nak tunggu air batu, sapukan dulu air penawar ini keseluruh tubuh budak ni. Mulakan dari kaki hingga kepala. Sapu secara menyongsang supaya liang roma terbuka. Dalam hati aku segera menangkap petua menyejukkan demam ini. Sampai hari ini ketika aku sedang menulis ini pun petua ini masih aku pakai jika ahli keluarga aku demam berpanjangan.
Aku lihat Sarah di papah ke dalam bilik. Agak lama kami di ruang tamu masing-masing berdiam diri. Beberapa orang lelaki yang ada tadi sudah di bawah rumah. Barangkali ikut sama mencari air batu. Aku lihat jam di tangan. Sudah melepasi tengah malam. Celaka! Hati aku mula menyumpah. Nampaknya malam ini tidur lewat lagi. Aku terasa rugi. Ingatkan boleh lihat upacara perubatan, rupanya merawat orang demam panas. Aku mula menggelisah diatas rumah tak tahu nak buat apa.
“Kita turun bawah, aku nak buang air ni”. Sapaan Pak Leman bagai orang mengantuk di sorong bantal. Di bawah rumah hanya diterangi dengan sebatang lampu kalimantang yang sudah malap cahayanya. Di bawah lampu begitu banyak sekali kelkatu yang menghurungi cahaya membuatkan kami tidak jadi melepak dibawah rumah. Sebuah pangkin usang dibawah sebatang pohon kelapa kelihatan begitu enak untuk dilabuhkan punggung.
Aku dan Mail bersandar lapang. Sebatang rokok kretek lagi aku nyalakan. Semenjak beroleh duit hasil titik peluh sendiri ini semakin kuat aku merokok. Kalau ayah lihat tentu dia bising. Secara tiba-tiba aku teringatkan ayah. Semenjak aku lepas SPM, ayah semakin memberi kepercayaan untuk aku berdikari. Kata ayah “anak jantan harus tahan diuji.” Semasa ayah sebaya dengan aku ayah sudah pun merantau ke daerah selatan Siam. Berguru pondok disana.
Mail yang lurus bendul turut berasap kelabu bibirnya. Asap yang kami hembuskan berkepul memenuhi ruang udara. Aku terdiam melayan perasaan. Aku merenung Mail dalam terangnya bulan purnama. Hendak diajak berbual tentu tak masuk bakul. Bisik hati aku. Pak Leman entah dimana. Barangkali tak jumpa bilik air. Barangkali juga melepaskan hajat didalam semak. Akal ku terus merawang jauh. Jauh melepasi segala sempadan perasaan dan harapan.
Aku mendongak ke langit. Tingginya bulan purnama, tinggi lagi harapan aku terhadap kehidupan aku dimasa yang akan datang. Sesekali kelawar melitasi bulan purnama terus kebawah rumah menerkam kelkatu yang sedang berhamburan. Bayu malam bertiup dingin. Terdengar tapak kaki menuju ke arah kami. Aku memanjangkan pandangan. “Pak Leman rupanya.” Bisik hati aku.
Pak Leman tidak duduk di atas pangkin bersama kami, sebaliknya mundar-mandir dihalaman rumah, bagai memikirkan sesuatu. Sesekali dia merenung langit yang terang. Barangkali juga sedang merenung cinta lama yang hilang. Dalam akal aku yang cetek ini sedikit timbul rasa kasihan. Pak Leman bukanya semakin muda. Tapi dia bagaikan hidup bersendirian dalam dunianya. Kekasih hatinya sudah tiada, meskipun sudah tua tak mungkin Pak Leman tak merlukan cinta.
Oh kehidupan! Adakalanya ia terlalu kejam. Aku teringat kata pepatah “cinta yang paling indah ialah cinta yang gagal.” Aku baru gagal bercinta diusia yang paling muda. Apakah aku sedang menikmati cinta terindah dalam sejarah hidup aku. Lamunan aku tesentak bila mendengar deruman kereta yang datang.
“Nasib baik ada, kami beli dekat restoran Cina kat simpang depan tu”. Salah seorang lelaki bersuara sebaik sahaja turun dari kereta. “Bawa Sarah turun, bawa dia ke bilik air” Pak Leman mula bersuara memberi arahan. “Masukkan air batu dalam baldi” sambung pak Leman lagi. Semua kelihatan kelam kabut. Aku dan Mail masih di pangkin.
“Yang lelaki tinggal disini tak payah ikut kebilik air, ayah sarah ikut sekali” pak Leman bersuara lagi. Sarah dipapah ke bilik air. Dari luar aku dengar bunyi jirusan air, diselang seli dengan suara sarah merintih menggigil menahan kesejukkan. Kau tak tahu apa lagi upacara yang dibuat didalam bilik air tu. Rasa macam tak senonoh pula mahu menghendap orang yang kena mandi.
Setelah selesai aku lihat Sarah kembali di bawa ke kereta, kali ini dia sudah berpakaian lengkap. Pak Leman kelihatan sedang berbual-bual dengan Azmi. Tidak sampai beberapa minit Azmi kelihatan bergegas masuk ke dalam kereta. Deruman enjin kereta membawa Sarah yang tak sempat aku minta nombor telefonya.
“Jom balik.” Sahut pak Leman. “Mana mereka pergi Tok?” tanya aku kembali. “Hospital, aku suruh mereka bawa Sarah jumpa doktor. Budak tu demam panas kuat, kalau dibiarkan mahu jadi sawan. Tapi aku dah tawarkan panasnya tadi, insyaallah tak ada apa-apa.kamu nampak tak petua yang aku gunakan tadi?” Pak Leman kembali menanyakan aku setelah memberi penerangan.
“Yang mana satu Tok?” Tanya aku kembali. “Tadi itu kalau ada sesiapa diserang demam panas yang terlampau kuat, kamu carikan beras pulut segenggam, daun melur dua tiga helai. Kemudian kamu ramas dalam air. Kemudian kamu tuamkan kepada pesakit. Mula dari tapak kaki sampai ke kepala. Ayatnya nanti aku tuliskan pada kamu.” Aku terdiam, malam itu aku aku dapat pelajaran yang mana sampai sekarang masih berguna.
Malam itu kami pulang ke rumah dengan kerta seorang lagi tetamu yang aku tak kenal. Dalam perjalanan yang pendek itu hanya beberapa patah perkataan sahaja yang terkeluar dari mulutnya. Pak Leman pun malas bercerita panjang. Sampai di rumah aku sudah terkuap-kuap menahan mengantuk. Memang dalam cadangan aku akan tidur di rumah pak Leman sahaja. Esok awal-awal pagi selepas subuh aku akan terus ke kilang mee.
Diatas rumah rumah aku lihat Mail sudah membentangkan tilam kekabu diruang tamu. Biasanya Mail tidur dalam bilik entah kenapa malam ini dia tidur di luar pulak. Aku lihat Pak Leman sudah hilang didalam biliknya yang serba kekuningan. “Kita tidur luar malam ini” ajak Mail sambil tersengih bingai kepada aku. “Boleh jugak.” Balas aku ringkas.
Lampu kalimantang masih bernyala di siling bumbung. Mail juga kelihatan masih terbeliak biji matanya. Aku mengiring ke kanan. Dalam hati aku biarlah melayan mengantuk sekejap. Kalau dah mata mahu terpejam nanti baru aku bangun tutupkan lampu. Sambil melayan kepala terdengar lantai dipijak. Aku mengiring dan menoleh, rupanya Pak Leman. Bila Pak Leman dekat dengan kami, aku segera bangun dan duduk.
Ditangan kananya sedang memegang cerek besar, manakala tangan kirinya masih lagi jarinya mengepit rokok daun. “Mail ambilkan cawan.” Arah Pak Leman. Bingkas sahaja Mail bangun.
“Kamu dah mengantuk?” tanya Pak Leman pada aku.
“tak sangat” Aku menjawap separuh menipu.
“Biasakan kurang tidur, banyak tidur mengurangkan berkat umur”. Sambung pak Leman lagi. “Orang Melayu kita memang kuat tidur, pagi bangun tidur lambat, lepas makan tengahari tidur lagi, malam tidur awal. Bila banyak tidur badan kita jadi lesu. Bangsa yang kuat ialah bangsa yang kurang tidur”. Pak Leman mula berceloteh.
Mail kemudianya datang dengan dua biji cawan. “Kamu punya mana?”. Jerkah pak Leman lembut. “Mengantuklah” Mail menjawab ringkas dan terus tidur diatas tilam kekabu yang terbentang. Pak Leman menyedut rokok panjang-panjang, asap berkepul-kepul diruang tamu. Hendak dibuka tingkap tentu nyamuk akan masuk. Aku tanpa disuruh menuangkan air kopi panas didalam cawan Pak Leman, kemudian cawan aku sendiri. Rokok kretek aku nyalakan perlahan.
“Kamu kena ambil pendinding dulu sebelum kita berubat Pawang Rahman, takut kamu terkena badinya nanti.” Suara Pak Leman memecah keheningan malam. Aku hanya mengangguk. Pak Leman kembali menyedut asap rokok dan suasana kembali diam. Bunyi kipas siling yang usang bederak-derak memecah keheningan malam.
“Tadi di masjid, kamu terperasan tak lelaki yang sebaya aku menegur kamu?”
“ya, kenapa dengan dia tok?” aku bertanya kembali. Mengantuk aku semakin hilang. Rokok kretek aku sedut perlahan. Asapnya menembusi peparu. Kpi yang semakin suam dicawan aku teguk perlahan.
“Dia tu sahabat aku, semasa muda kami berguru ilmu kebatinan bersama-sama. Nama orang yang menegur kamu tadi ialah Syeikh Malik. Handal orangnya dunia akhirat. Syeikh Malik ada seorang adik lelaki yang bernamam Ismail. Dunia pendekar menggelarnya dengan panggilan ‘Mail Peluru Emas’. Dia pun sama-sama berguru dengan kami.”
Cerita Pak Leman semakin menghilangkan mengantuk aku. “Sebenarnya keluarga Pawang rahman berjumpa dahulu dengan Syeikh Malik untuk dibuangkan saka Pawang rahman, tapi Syeikh Malik menolak. Kemudian Syeikh Malik menyuruh aku yang membuangnya. Alasan Syeikh Malik ialah dia sudah lupa cara perubatan membuang saka.” Sambung Pak Leman lagi.
“Semasa tahun 60-an. Kami bertiga memang penggila ilmu kebatinan dan ilmu kependekaran. Aku, Syeikh Malik dan Mail Peluru Emas memang sering keserata nusantara Melayu menuntut ilmu kebatinan. Kebiasaanya kami bertiga akan bersama-sama berguru. Adakalanya juga kami berpecah berguru mengikut haluan masing-masing. Selepas selesai kami berguru, kami akan bertemu dan bertanding antara satu sama lain. Siapa yang kalah wajib berguru dengan guru si pemenang.” Pak Leman terus bercerita dengan panjang lebar, maklumlah penjual ubat. Ayat yang disusun memang melekakan orang yang mendengar.
“Dari segi ilmu persilatan selalu dimenangi oleh Mail Peluru Emas dan dari segi ilmu kebatinan pula aku yang selalu menang.” Pak Leman tersenyum semasa bercerita bagai mengenang kisah silam yang penuh kemanisan. Barangkali ketika itu adalah puncak pencapaian dan keremajaannya. Aku semakin kagum dan berdebar-debar menghayati kisah Pak Leman dan sahabat-sahabatnya. Semakin tidak sabar-sabar untuk mendengar kisah dari Pak Leman. Mendengar cerita Pak Leman bagaikan membaca kisah seribu satu malam yang terkenal.
“Syeikh Malik jarang sekali menang malah terpaksa mengikut kami berguru sebagai denda kerana kalah. Pada pertengahan tahun 60-an kami semakin rancak berguru. Adakalanya kami menumpang tongkang sehingga ke tanah Jawa untuk belajar. Adakalanya hingga ke kepulauan Moro ( sekarang di bawah jajahan Filiphina).” Pak Leman Menyambung cerita sambil jari jemarinya menyambung membakar rokok daun.
“Ketika itu kami mendengar dari ramalan guru-guru kami yang akan terjadinya huru-hara berdarah di Tanah Melayu. Lama kelamaan Mail Peluru Emas semakin hebat samada dari segi kebatinan mahupun ilmu kependekaran. Sehingga satu ketika kami tak terdaya lagi untuk mengikut jejaknya berguru. Kali terakhir kami bertarung dengan Mail Peluru Emas ialah sebelum berlakunya peristiwa berdarah 13 Mei 1969.” Pak Leman terdiam sebentar bagaikan memaksa kembali memori yang sudah lama tersimpan rahsia di sanubarinya.
“Ketika itu bulan purnama mengambang seperti malam ini, padi menguning disawah. Kami bertiga berjanji untuk bertarung ditengah-tengah sawah pada malam itu. Pada malam itu Mail Peluru Emas mencabar untuk bertarung dengan kami berdua secara serentak. Kerana Mail Peluru Emas terlalu mendesak kami bersetuju sahaja.
Memang tak dapat dinafikan Mail Peluru Emas memang sudah semakin jauh meninggalkan kami. Pada malam itu aku dapat melihat Mail Peluru Emas bagaikan meniti diatas pucuk padi. Ketika itu kononya Mail Peluru Emas baru pulang dari Aceh dab telah berguru dengan seorang Kiyai disana. Dikatakan juga Mail Peluru Emas telah berjaya menguasai ilmu ‘enteng badan’ (sejenis ilmu yang dapat mengapungkan tubuh diudara hanya dengan berjejak pada benda yang ringan).” Cerita Pak Leman Semakin menghayalkan aku. Mail anak Pak Leman barangkali sudah sampai kekutub utara dibuai mimpi.
“Pada malam itu aku kerahkan seluruh ilmu kependekaranku, begitu juga dengan Syeikh Malik. Tapi ternyata Mail Peluru Emas telah melangkaui sempadan keupayaan kami berdua. Ketika kami hendak meyerangnya, ketika itu muncul ribuan susuk yang berupa Mail Peluru Emas dari celahan butiran padi yang terus menyerang kami. Tidak sampai beberapa saat sahaja kami telah rebah berselimut lumpur, sedangkan hujung jari Mail Peluru Emas pun kami tidak dapat sentuh.”
“Dengan tahap yang sebegitu ilmu kebatinan Mail Peluru Emas tidak dapat diuji lagi. Semenjak pada hari itu Mail Peluru Emas terus mencabar sesiapa sahaja yang handal untuk dijadikan lawanya. Dikatakan seluruh Tanah Melayu tidak ada yang dapat menumpaskan Mail Peluru Emas termasuk beberapa guru persilatan yang handal dan terkenal. Akan tetapi kekalahan mereka telah disembunyikan kerana ingin menjaga reputasi mereka sebagai persilatan yang telah dikomersialkan.” Pak Leman diam lagi sambil merenung jauh.
“Selepas itu terjadinya pula peristiwa berdarah di tanah Melayu yang dikenali sebagai peristiwa 13 Mei. Pada ketika itu ramai para pendekar Melayu telah turun ke Kuala Lumpur, namun dalam perjalanan mereka telah ditahan oleh pihak berkuasa. Kalau tidak tentu akan ramai lagi kaum cina yang mati di bunuh. Khabarnya Mail Peluru Emas telah berada di Pulau Pinang (Penang). Ketika itu juga terjadinya rusuhan kaum meskipun tidak sebesar yang berlaku di Kuala Lumpur. Beberapa kenalan Mail Peluru Emas menjumpainya di kedai kopi dalam keadaan berlumuran darah. Bukan darahnya tetapi darah orang yang dibunuhnya.
Kata mereka lagi ketika Mail Peluru Emas hendak duduk, dia membuka bajunya lalu diperah darah yang membasahi tubuhnya. Bayangkanlah berapa ramai yang menjadi mangsa sehinggakan darah yang terpercik dibahu dapat diperah bagaikan dibasuh.”
Aku bagaikan terpaku mendengar cerita Pak Leman. Antara sedar dan tidak malam semakin larut.
Selepas peristiwa itu Mail Peluru Emas membawa diri selali lagi ke tanah Jawa. Setelah lima tahun disana barulah mail Peluru Emas pulang ke kampung halaman. Cuma perangainya semakin berubah. Dia semakin tidak banyak bercakap. Ketika itu Syeikh Malik sudah pun berumahtangga. Suatu malam Syeikh Malik mendapati Mail Peluru Emas sedang menggali tanah, kemudian dia masuk kedalam tanah dan menguburkan dirinya sendiri. Namun Syeikh Malik membiarkan sahaja peristiwa itu.
Setelah pagi barulah Syeikh Malik bertanyakan Mail Peluru Emas. Terbongkarlah rahsia yang Mail Peluru Emas telah kalah bertarung dengan seorang pendekar di Tanah Jawa. Setelah kalah Mail Peluru Emas ingin berguru kepada pendekar itu. Tetapi pendekar itu memeberitahu yang peringkat Mail Peluru emas sudah terlalu tinggi, dia tidak boleh lagi berguru dengan manusia tetapi mesti berguru dengan ilmu itu sendiri.
Dari mulut Mail Peluru Emas terbongkarlah rahsia yang dia sedang menuntut ilmu ‘Batara Karang’. Menurut Pak Leman ilmu batara karang ialah ilmu rawa rawantek/ pancasona peringkat tertinggi didalam ilmu kebatinan dan kependekaran. Ilmu ini tidak boleh dipelajari secara perguruan dari bentuk tulisan atau bahasa. Hanya ilmu ini sendiri yang dapat mengajar orang lain. Pemilik ilmu ini akan dapat hidup beribu-ribu tahun. Dari segi saintifiknya orang yang memilki ilmu ini akan dapat mengekalkan keremajaannya. Proses penuaannya akan diperlambatkan sehingga jutaan kali, manakala proses pemulihan tubuhnya akan dipercepatkan sehingga ribuan kali.
Dikatakan bahawa pemilik ilmu ini seandainya tanganya ditetak putus nescaya akan bersambung semula. Seandainya ia terluka nescaya akan sembuh dalam sekelip mata. Ini berbeza dari manusia normal sekiranya terluka akan mengambil masa berminggu atau berbulan untuk pulih. Ilmu batara karang juga terbahagi dua iaitu yang putih dan yang hitam.
Setelah menerangkan kepada Syeikh Malik, Mail Peluru Emas mengajak abangnya sama-sama belajar. Tetapi Syeikh malik menolak kerana mendapati mail Peluru Emas semakin menyimpang dari ajaran Islam. Semenjak pulang Mail Peluru Emas tidak pernah bersolat lagi. Malah mail Peluru Emas bagaikan sudah menjadi hamba kepada ilmu yang dimilikinya. Syeikh malik semakin tidak bersetuju bila Mail Peluru Emas memberitahunya bahawa penuntut ilmu batara karang tidak boleh tinggal di tempat biasa.
Mereka hanya boleh tinggal ditempat yang tidak boleh didiami oleh manusia biasa seperti kawah gunung berapi, dasar lautan atau kutub yang sejuk dan juga padang pasir yang membakar. Setiap tahun mereka akan bertemu dan bertarung. Begitu sahajalah kesudahan hidup mereka sehingga mati. Perkara ini amat tidak dipersetujui oleh Syeikh Malik kerana bertentangan sama sekali dengan fitrah hidup insan malah melanggar syarak pula.
Selepas itu Mail Peluru Emas kembali hilang dan Syeikh Malik pula telah berhijrah ke Madinah dengan membawa anak dan isterinya. Pada awal tahun 90-an Syeikh Malik telah pulang dari Tanah Arab dan dijemput menjadi pegawai agama di jabatan agama Islam Kedah, tetapi Syeikh Malik berhenti kemudian menjadi guru di sekolah pondok dan berniaga sendiri. Pada waktu-waktu tertentu dia akan mengajar di Masjid. Semenjak itulah dia mendapat gelaran Syeikh Malik. Segala ilmu kependekaran dan kebatinannya bagai sudah dulipa oleh orang. Yang kelihatan pada orang ramai ialah useorang lelaki berjanggut dan berjubah.” Pak Leman berhenti bercerita panjang untuk meneguk kopi yang telah berapa kali ditambah. Aku masih tediam termangu-manggu dengan cerita ajaibnya.
“Tidak lama kemudian Mail Peluru Emas juga pulang. Kali ini dia datang berjumpa aku”. Pak Leman kembali menyambung cerita.
Ketika dia datang dia memberitahu yang ada orang telah berpakat beramai-ramai dan ingin membunuhnya. Kononya mereka telah menjumpai kelemahan Mail Peluru Emas. Rupa-rupanya yang ingin membunuhnya ialah pendekar-pendekar yang telah dikalahkanya dahulu. Kali ini mereka ingin menembaknya dengan sejata api. Tapi mustahil kerana tubuh mail Peluru Emas tidak lut oleh apa-apa senjata.
Tetapi para pendekar yang telah dikalahkan oleh Mail Peluru Emas ini tidak berdiam diri. Dalam diam-diam mereka telah berpakat dengan bekas guru-guru mail Peluru Emas. Mereka telah mengumpulkan dana untuk membuat beberapa butir peluru emas yang akan ditembak pada tubuh Mail Peluru Emas. Peluru Emas ini di tempah khas di Thailand berserta senjatanya. Kononya peluru emas adalah kelemahan orang yang berbadan kebal sebagaimana Si Pitung di Tanah Jawa yang mati di tembak dengan peluru emas oleh pasukan Belanda.
Pada waktu yang ditetapkan ketika itu Mail Peluru Emas sedang berehat dihadapan rumahnya pada waktu malam, sebutir peluru memecah keheningan malam. Pada masa yang sama juga Mail Peluru Emas menghambur lalu menepis peluru itu sekaligus menangkapnya. Sebutir lagi di tembakkan, sekali lagi berjaya di tepis. Kali ini Mail Peluru Emas mencabar mereka keluar dan menembak didalam kerongkongnya dan dia tidak akan berganjak sedikit pun.
Bukan main gembira lagi para pendekar yang telah kalah ini. Patah lagi peluru yang tinggal hanya sebutir sahaja lagi. Oleh kerana terlalu mahal mereka hanya berjaya menempah tiga butir sahaja. Hampir lima puluh orang keluar dari tempat persembunyian yang hampir 100 meter jauhnya. Kesemua mereka bersenjata. Lalu Mail Peluru Emas berdiri dihadapannya mereka sambil mulut dingangakan. Tanpa membuang masa peluru terakhir menerobos ke mulut Mail Peluru Emas dan terus ke kerongkongnya..
Semua terdiam bila Mail Peluru Emas kembali meludahkan peluru emas itu. Beberapa orang mula lari lintang pukang. Beberapa orang yang masih handal bersedia untuk menyerang Mail Peluru Emas.
“Engkau, engkau, engkau patah tangan”. Sambil menunjukkan kepada beberapa orang. “Engkau, engkau, engkau patah kaki. Engkau,engkau, engkau muntah darah.” Jarinya dituding kepada beberapa orang lain. Pak Leman yang sedang rancak bercerita bagai melakonkan semula aksi Pak Leman. “Aku akan serang kamu semua dengan jurus yang aku guna untuk menangkap peluru.” Sebelum sempat para pendekar tadi mengelipkan mata, apa yang dikata Mail Peluru Emas tadi sudah dikota. Kesemua yang menyerangnya masing-masing terkapar-kapar di atas tanah.
“Selepas pergaduhan itu Mail Peluru Emas menetap sebentar di rumah aku, tapi mail Peluru Emas kelihatan begitu muda bagai anak muda yang berusia 20-an, memang benar dia telah menguasai ilmunya” bicara Pak Leman kembali. Sepanjang Mail Peluru Emas menetap di rumah Pak Leman tak ada sesiapa pun yang datang mengganggunya. Barangkali segan pada Pak Leman atau takut pada Mail Peluru Emas.
Pada suatu hari Mail Peluru Emas memberitahu Pak Leman yang dia perlu pergi, tempatnya bukan dikalangan manusia biasa. Pak Leman memberitahu lagi yang Mail Peluru Emas sudah dapat hidup dibeberapa alam lain atau dalam bahasa sains didimensi yang berlainan.Lagipun kata Mail Peluru Emas tidak lama lagi akan diadakan sayembara pertarungan unutk mereka yang telah menguasai ilmu batara karang.
Pendek kata Mail Peluru Emas bukanlah manusia biasa lagi dan dia bukanlah Mail Peluru Emas yang Pak Leman kenali dahulu lagi, barangkali juga telah menjadi jin atau makhluk lain. Sebelum pulang Mail Peluru Emas mengajar pak Leman jurus yang digunakanya untuk mengelak dan menangkap peluru, malah jurus itu juga dapat digunakan untuk berlawan dengan musuh yang ramai. Pak Leman bertanyakan nama jurus itu tetapi Mail Peluru Emas sendiri pun tidak tahu. Lalu Pak Leman menamakanya sebagai buah ‘Peluru Emas’. Menurut Pak Leman Lagi dari jurus itulah Mail peluru Emas mendapat gelaranya. Setelah malam itu Mail Peluru Emas tiada lagi beritanya. Dia hilang ibarat embun pagi yang di mamah matahari.
Sebelum pulang juga Mail Peluru Emas memberi pak Leman seketul batu berwarna hitam pekat berkilau. Katanya batu itu ialah lava dasar gunung berapi yang diperolehi ketika pertapaanya di kawah gunung berapi. Batu itu kemudian Pak Leman potong menjadi beberapa keping untuk dijadikan cincin. Malam itu juga Pak Leman memberikan aku sekeping batu berwarna hitam pekat berkilau seperti kaca, bersegi empat sebesar mata keyboard komputer setebal dua keping kad kredit.
Aku yang tak berminat pada batu atau apa-apa jua jenis cincin hanya menyimpannya sebagai kenangan dari Pak Leman. Namun setelah 16 tahun berlalu. Baru-baru ini
( tahun 2010) ada seorang penjual MLM datang menawarkan pada aku sekeping loket yang di panggil kuantum solar yang kononya dibuat dari lava gunung berapi dari Jepun yang mempunyai 72 jenis mineral yang boleh memancarkan aura yang baik untuk kesihatan.
Tiba-tiba aku teringatkan Mail Peluru Emas dan Pak Leman. Terus aku pulang kerumah dan menyelongkar barang-barang peribadi aku. Alhamdulillah, masih ada lagi segera aku ikat pada cincin perak. Alangkah hebatnya khazanah alam Melayu. Puluhan tahun sebelum barat membuktikan secara saintifik orang Melayu kita sudah pun meneroka rahsia alam.
Setelah dikenang kembali cerita Pak Leman pada malam itu aku termanggu sendirian. Aku terkenangkan Pak Leman dan aku terbayangkan Mail Peluru Emas. Kalau dia masih hidup aku sangat berharap dapat berjumpa dengan dia.
Monday, March 1, 2010
Ayat-Ayat Cinta

Dah lama aku beli DVD cetak rompak ni. Aku ingat dah dekat dua tahun. Satu malam dua minggu lepas dah dekat pukul 12.00 malam. Aku hisap rokok kat belakang rumah sambil memandang hutan tebal. Kelam,sunyi,sepi,tenang,damai. Malam itu tidak berbulan tetapi langit dipagari bintang.Asap rokok aku hembuskan kedada langit. Dalam kesamaran malam ia menghilang dibawa angin. Aku cuba membilang satu persatu bintang yang bergentayangan dalam nafas yang panjang-panjang. Ah! Mana mampu.
Semua orang sudah tidur. Anak,isteri,orang gaji semuanya sudah sunyi sepi. Barangkali sudah sampai ke Alaska dibuai mimpi. Aku masih termanggu-manggu. Apa yang hendak dibuat malam ini. Masuk hutan menembak ayam? Hati rasa tak berapa sedap. Salah satu dari petua memburu yang aku pelajari, percayakan gerak hati yang pertama. Nak pergi memancing? macam tak berapa best.
Radio IKIM aku buka dari N95. Terdengar suara dari penyampai yang membaca sebuah hadis Qudsi.
Bahawasanya Allah bermegah dengan hambanya yang bangun ditengah malam kerana beribadat.
“Sesungguhnya Allah berfirman dihadapan para malaikat. Lihatlah hamba-hambaku itu. Mereka telah bangun di tengah malam. Di waktu tiada seorang pun melihat mereka kecuali Aku. Saksikanlah bahawa aku telah sediakan untuk mereka, syurgaku tempat tinggal kehormatanku.”
Hadis yang sangat baik disampaikan oleh penyampai dalam nada yang sangat baik. Bergetar seluruh urat sarafku. Bulu roma terasa merinding. Manakan tidak betapa Allah bangga dan megah dengan hambanya. Kita di dunia ini untuk dapatkan kebanggaan dari boss di pejabat pun payah.
Betapa ruginya umur dan masa yang berlalu. Walhal setiap detik kita ini akan dipersoalkan diakhirat kelak.Detik demi detik, nanometer demi nanometer, zarah demi zarah semuanya akan disoal jawab ketika kita digiring di padang mahsyar kelak. Tapi kita, Masyaalah! Tertipu dengan dunia,tertipu dengan masa muda,tertipu dengan kesihatan,tertipu dengan keremajaan,tertipu dengan dengan harta benda,tertipu dengan hobi,tertipu dengan kesenangan anak isteri,tertipu dengan karier.
Sungguh malam itu aku tak tahu nak buat apa. Aku masuk ke bilik bacaan, meneliti kitab dan buku-buku yang telah aku kumpul sejak umurku belasan tahun. Terasa tak ada mood nak membaca. Aku buka peti tempat aku menyimpan segala senjata. Sudah lamanya tidak berusik. Sebilah pedang lama yang terukir kalimah syahadah didadanya aku cabut dari sarung. Ku renung dalam-dalam seakan-akan ingin diajak berbual bicara. Ku usap-usap matanya yang tajam mengihiris.
Lalu didalam hati kutanyakan kepada pedang berbesi sejuk itu. “Mana tuan mu yang gagah perkasa dahulu? Dimana kepahlawananya? Dimana ilmu perangnya? Bukankah semuanya sekarang terbungkus didalam kain kapan bergumpal dengan tanah yang hanyir sambil dimamah cacing?

Bila mata aku tidak mahu tidur beginilah aku jadinya. Merayau satu rumah. Aku pasangkan astro. Satu demi satu rangkaian aku buka. Semuanya tidak menarik. Aku selongkar rak dibawah TV. ‘Ayat-Ayat Cinta’. Gambar dua orang perempuan cantik bersama seorang lelaki tercetak pada pembungkus DVD. Macam boringlah cerita ni. Aku sememang tidak langsung meminati kisah-kisah cinta.
Tapi malam itu aku layan jua demi sebuah kebosanan. Ceritanya biasa sahaja. Kisah pelajar Al Azhar dalam menjalani kehidupan sebagai seorang muslim yang taat. Ceritanya semakin menarik. Banyak benda dan perkara yang kita lupa dalam kehidupan kita sebagai muslim yang kita abaikan. Misalnya tentang ‘taaruf’. Iaitu perkenalan secara syarie yang diperintahkan oleh Rasulullah. Ini yang membezakan antara islam dan kafir antara iman dan kufur. Di dalam Islam tidak ada istilah bercinta dan bercanda dahulu.
Sambung tentang filem ayat-ayat cinta. Ceritanya semakin menarik bila Fahri dipenjara atas fitnah. Dia mula tetanya-tanya didalam hati. Kenapa orang yang baik sepertinya harus mengalami nasib sebegini. Ketika jiwanya menggelegak itulah datangnya petunjuk tuhan.
Seorang guru pernah berpesan kepada aku, hidayah Allah selalu berlangsung dari mereka yang tidak kita sangka-sangka. “Bisa jadi anak kecil, bisa jadi seekor anjing bahkan dari seorang pelacur sekalipun”.
Ketika Fahri mahu solat tetapi tergantung-gantung kerana jiwanya yang terpukul oeh fitnah yang melanda. Orang gila yang berada di penjara bersamanya telah mengungkapkan ayat yang sungguh meruntun jiwa. Ayat yang di quote semula dari lentera ribuan tahun dahulu.
"Apa salah saya kepada Allah???" soalan seorang manusia bernama Fahri, yang tertipu dengan dirinya sendiri.

"Istighfar! Allah sedang memberitahu kamu supaya jangan sombong! Ingat siapa diri kamu!" bicara waras seorang manusia gila
“Fahri!, ingat kisah Nabi Yusuf AS dan Zulaikha.Zulaikha menuduh Yusuf telah memperkosanya, padahal dia sendiri yang tidak tahan dengan ketampanan Yusuf.Fitnah, itu semua Fitnah,
“Fahri!, ingat kisah Nabi Yusuf AS dan Zulaikha.Zulaikha menuduh Yusuf telah memperkosanya, padahal dia sendiri yang tidak tahan dengan ketampanan Yusuf.Fitnah, itu semua Fitnah,
Fahri. Zulaiha menuduh Yusuf memperkosa dia, hingga Yusuf dipenjara. Apakah Yusuf berontak?
Tidak Fahri, Yusuf tahu Allah sedang berbicara kepadanya. Kau tahu apa yang dikatakan Yusuf?
Kata Yusuf “Ya Allah, jika memang kehidupan penjara lebih berarti bagiku daripada dunia luar, maka aku lebih memilih tinggal dipenjara tapi dekat dengan MU, daripada aku hidup bersama manusia pendusta. Allah sedang berbicara padamu tentang SABAR dan IKHLAS. SABAR dan IKHLAS.....Itu ISLAM, Fahri”.
Didalam filem Fahri terpukul dengan kata-kata orang gila itu. Dan di luar filem aku terpukul dengan skrip yang sangat bagus. Sungguh menyedarkan jiwa. Selama ini kita merasakan kita sudah benar. Kita beriman sehingga kita menyangka tidak perlu lagi diuji. Sesungguhnya syurga itu ada harganya.
Setiap hari kita melakukan sesuatu kebaikkan dan kita selalu tertipu dengan bangga didalam amaln kita sehingga kita menyangka semestinya setiap kebaikkan yang kita lakukan itu semestinya kita akan beroleh nikmat segera sehingga mengghilangkan amalan kita.
Kisah Yusouf A.S dikupas semula oleh Stephen R.Covey didalam buku motivasinya yang terkenal 7 habits For Hingly Effective People.
Setelah sudah menonton filem ini aku segera dapatkan novelnya. Ternyata keindahan ayat-ayatnya didalam novel lebih indah dari skrip filem ayat-ayat cinta. Sungguh membangunkan jiwa.
Sekali lagi aku teringatkan pesan guru “hidayah Allah selalu berlangsung dari mereka yang tidak kita sangka-sangka”. Bisa jadi juga dari novel bisa jadi dari filem. Tetapi mestilah dari filem dan novel yang mematuhi syariat Islam.

Saturday, January 16, 2010
Itu Hari
Setiap kali aku nak menulis kat blog, aku akan terasa malas gila. Entah kenapa? Maka ini adalah posting aku dalam tahun baru. Er..boleh buat azam tahun baru lagi tak?
Friday, December 4, 2009
Pukul ( 2 )

Merujuk kepada entry ini. Al-kisahnya ini adalah sebuah tandas. Macamana aku boleh tak ada kerja tangkap gambar dan buat artikel pasal tandas pulak. Begini ceritanya. Tandas ini dibina semenjak tertubuhnya syarikat multinasional oil & gas ini, merujuk kepada tempat aku kerja sekarang. Tandas ini memang dah lama. Lebih kurang 70 tahun macam tu. Kalau dinisbahkan kepada umur manusia memang dah nyanyok la kan.
Tapi keadaanya tak sama dengan manusia yang dah umur 70 tahun. Ia masih cantik, pengaliran udara yang baik. Sistem perpaipan dan pembentungan yang masih sempurna. Pengaliran air yang masih sangat elok. Cuma tak ramai yang suka menggunakannya, dalam bahasa lain berani menggunakannya. Ditambah pula banggunan tempat aku bekerja memang dah ada tandas moden, campur lagi tandas tua itu pula berada diluar, dan paling malang ialah sistem pendawaian elektriknya sudah dimatikan.
Tandas ini berada ditebing bukit, dibawahnya adalah kolam pemprosesan air bersih. Kalau waktu senja boleh dilihat permadangan sempurna ketika matahari terbenam. Kesemua fakta diatas telah menjadikan tandas ini begitu unik dan telah juga dinobatkan sebagai tandas puaka. Antara makluk yang suka sangat guna tandas ini ialah aku. Kononya seringkali terdengar kokokan ayam dari dalam tandas, air curah yang tiba-tiba di pam sendiri, bunyi wanita mengilai dan yang paling tak tahan ialah kelibat pontianak keluar masuk dari pintu tandas.
Jadi, untuk membuktikan segala teori itu, aku pun tangkap gambar. Dari pukul 3.00 pagi sampai subuh sampailah senja. Tapi aku masih tak nampak yang pontianak ingin bertandas disini. Aku pula tak peduli samada puaka atau jembalang, selagi tempat itu bersih, cantik dan menyenangkan aku akan tetap guna. Jadi kalau waktu malam tu memang suspen lah sikit pasal cahaya didalamnya hanya bergantung pada lampu jalan yang kemerah-merahan sahaja.
Sebenarnya aku sangat berterima kasih kepada puaka-puaka dan jembalang yang menggunakan tandas ini kerana dengan kehadiran mereka telah menjadikan tandas ini teramat sangat kurang penggunanya dan secara tak langsung telah menjadikan tandas ini sangat bersih dan selesa. Mat Nepal yang selalu mencuci tandas ini pun gembira, “kurang penyelenggaraan” katanya.
Thursday, November 26, 2009
Pernah

20 tahun lepas, 10 tahun yang lalu, tahun lepas, bulan lalu, minggu lepas dan pagi tadi
pernah singgah dalam hidup kita. Tapi ia telah pun pergi dan tak pernah mahu kembali lagi. Orang yang teramat dekat dengan kita, yang pernah kita sayangi dan menyayangi mungkin juga telah pergi. Jika belum, mereka pasti akan pergi dan tak pernah mahu kembali lagi. Peristiwa, waktu, keadaan, cuaca dan makhluk yang pernah hadir dalam hidup kita juga tak akan berulang lagi dengan cara yang sama.
Ini hukum. Ini hakikat. Ini kebenaran dan inilah kenyataan hidup kita didunia. Terbatas oleh ruang dan waktu. Tersenggang antara realiti dan fantasi. Ada orang yang cuba menentangnya dengan pelbagai cara samada secara sains atau metafizika. Namun belum lagi direkodkan berjaya. Mungkin ada yang berjaya, yang tersembunyi kita tidak tahu.
Ada yang berminat untuk berlanglang buana merentasi masa lampau dan hadapan. Atau cuba mencari keabadian dalam kehidupan secara jasmani. Ada yang cuba menghidupkan semula jasad yang telah lama kaku. Mengklonkan diri sendiri dan segalam macam yang menentang hukum alamiah. Maka lahirlah segala teori dan amali yang secara tidak langsung menyumbang kepada peradaban ilmu dan juga menjahanamkan akidah insani.
Worm hole, time machine, elixir, Batara Karang, tree of life dan pelbagai lagi kaedah atau sebutan untuk manusia mencapai proses keabadian. Lihat sahaja bagaimana Shi Huang Ti, Genghis Khan dan beberapa lagi manusia teragung yang cuba untuk kekal abadi. Namun semuanya masuk kain kapan.
Kerana apa? Kerana inilah cerita Allah. Yang akan kekal hanyalah Dia semata-mata. Cinta yang abadi yang tidak akan termusnah oleh masa dan dimensi. Nama yang tidak akan pernah terlupai oleh makhluk. Kisah yang tidak akan berkesudahan. Yang laian selain-Nya akan musnah. Inilah sifat Allah, ‘Baqa’ (kekal) yang tidak mungkin akan termiliki oleh mana-mana makhluk.
Keterbinasaan dan berakhirnya sesuatu samada manusia, peristiwa,ruang,dimensi dan apa-apa sahaja adalah pembuktian kelemahan makhluk. Selama umur kita semakin berlanjut seharusnya kita semakin menerima hakikat kehidupan. Semakin lanjut usia kita seharusnya semakin kuat pergantungan kita dengan Allah.
Semakin kita melihat segala yang datang dan pergi seharusnya kita lebih menghargai segala yang sedang kita miliki, tak kiralah insan yang dekat dengan kita atau sedikit harta benda waima waktu yang sedang berlalu. Semuanya adalah tanda rahmat Allah dan semuanya juga adalah pinjaman yang akan dipanggil kembali.

“Entah berapa banyak benda yang pernah datang dan pergi dalam hidup aku, sebagai insan biasa adakalanya aku mengharapkan ianya berkekalan disisi, walau aku tahu itu tidak mungkin”.
Subscribe to:
Posts (Atom)